Setiap manusia ingatkan kesempurnaan di dalam majlis perkahwinan tak kira siapa pun kita, tapi jangan lah sampai kita berhutang selepas kahwin, kerana ianya sangat membebankan dan mendatangkan masalah. Kehidupan selepas kahwin sangat penting yang perlu dilalui setiap pasangan. Di sini kami kongsikan beberapa tips buat korang yang bakal berkahwin tak lama lagi
1.Tetapkan Jumlah Tetamu
Buatkan cek list berapa ramai tetamu yang akan hadir ke majlis anda nanti (Ini asas tau kat sini lah menentukan panggilan tetamu anda)
2. Buat 2 Majlis Sekali
Ni memamg best sebab korang jimat banyak tau, buat grand ekslusif dapat lah rasa kahwin macam artis tapi korang jimat banyak sebab nya CONTOH kalau 1 majlis tu Rm18 ribu kali dua dah Rm36 ribu. Dah jimat separuh kan lepas kahwin banyak tu duit nak pakai boleh lah jugak simpan untuk deposit rumah ke, pergi honeymoon ke atau beli perabot rumah ke.Kalau ada adik beradik yang nak kahwin tahun yang sama buat sekali.Best tak??
3. Kad kahwin
Tak yah buat mahal-mahal ye, apa sebabnya tetamu nak info je lepas tu buang jugak kan huhuhu, banyak sekarang kad kahwin jimat Rm0.25 sen pun dah cantik. Dalam 1 kad boleh buat untuk majlis lelaki dan perempuan.
4. Baju bersanding
Sewa je baju sedia ada, banyak butik yang buat baju cantik-cantik up to date, jangan buat baju baru sebab harga agak tinggi sikit, kecuali korang ada bajet lebih. Pada yang ada skill menjahit tu bonus korang boleh buat baju sanding sendiri.
5.Photography
Biasanya diskaun hebat akan diberikan dekat pameran pengantin. Selain itu, tarikh juga mainkan peranan penting tau,kalau korang tempah servis kahwin pada hari yang tidak sibuk, contohnya majlis perkahwinan bukan waktu cuti sekolah, harga juga boleh runding dan lebih murah sikit dari hari cuti @ public holiday.
6. Pelamin diy
Korang boleh sewa barang-barang pelamin dekat butik pengantin yang ada menyediakan sewaan barang pelamin diy, mengikut bajet dan citarasa korang sendiri so korang dah jimat dekat situ (kena kuat iman ye supaya tak tergoda pelamin indah yang lain)
7. Hantaran
Buat hantaran sendiri atau minta pinjam pada sedara mara yang baru menjalankan majlis kahwin, korang hanya perlu ubah tema warna bunga dan keperluan mengikut citrarasa sendiri, Jimat kan!!
TIPS BONUS
8. Majlis Nikah Dan Kahwin Hari Yang Sama
Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada hari yang sama.Untuk menjimatkan kos, majlis akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala majlis persandingan pula dilakukan pada waktu tengahari. Jika korang tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah saudara mara dan rakan terdekat sahaja.

Ni tips dari pengalaman kami sebagai wedding planner, actually banyak lagi yang akan kami kongsi kan. Tunggu next tips yaa !!!!
Credit :https://effaeunique.blogspot.com/2019/01/wedding-planner-terbaik-di-nilai.html
Comments
Post a Comment